Commercials

Saturday, June 25, 2011

sad story turn into comedy

i got malay languages presentation... i got testimony about a patient that got histeria and a lot of diseases. im trying to do write a really sad story for that presentation but turn out its become a comedy... ggrrr..  here goes the story...


Assalamualaikum warahmatullahi barakatuh dan salam sejahtera…
Nama saya Muhammad Suhaimi Ithnin. Saya berumur 35 tahun. Berasal dari Bangi Selangor. Saya merupakan bekas pesakit Darul Syifa Holding sejak syarikat ini mula beroperasi. Saya merupakan pesakit yang terawal yang telah dirawat di Pusat Rawatan ini.

            Sejak kecik saya mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan keadaan keluarga yang miskin. Ibubapa saya berusaha gigih biarpun kais pagi makan pagi kais petang makan petang mencari rezeki yang halal. Bapa saya bekerja sebagai petani dan kebun kami sering dilanda banjir yang teruk dan membantutkan punca rezeki kami. Ibu saya bersusah payah menjaja nasi lemak di pekan dan sering dikejar oleh pihak majlis bandaraya. Saya lahir dalam tidak cukup bulan walaupun dengan keadaan fizikal yang normal tetapi imunisasi badan saya amat lemah. Disebabkan itu saya sering sakit dan hampir setiap minggu saya akan terlantar di hospital.

            Semasa saya berumur 16 tahun, saya disahkan menghadapi migrain yang kronik , gaout dan sakit pinggang. Dengan keadaan tubuh badan seperti ini saya menghadapi pelbagai masalah untuk focus dalam pelajaran saya. Ini mengakibatkan saya sering tidak ke sekolah untuk pemeriksaan doktor dan juga menyebabkan saya gagal dalam sijil peperiksaan Malaysia. Saya sungguh kecewa dan hampa apabila memikirkan betapa saya telah mengecewakan ibubapa saya yang telah bermandi peluh menjaga saya dan 7 adik beradik yang lain. Mungkin disebabkan keadaan tekanan jiwa dan kecewa, saya telah menghadapi satu lagi dugaan besar yang amat sukar untuk saya ceritakan.

            Pada umur 19 tahun, apabila nenek saya meninggal dunia saya mendapat tahu yang saya mewarisi saka yang saya tidak rela untuk saya warisi dan saya pasti tiada siapa yang akan rela mewarisi sesuatu seperti ini. Hampir setiap malam ibubapa saya membawa saya ke Bomoh-bomoh yang pelik untuk menerima rawatan. Bomoh-bomoh semuanya cuba mengikis duit ibubapa saya tapi demi penyakit saya ibubapa saya sanggup membuat apa sahaja tidak kira halal atau haram. Walaupun terseksa dengan keadaan ini selama bertahun lamanya, penyakit yang saya hadapi tidak juga menunjukkan apa-apa perubahan yang positif.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

            Apabila anda dirasuk atau didamping, hidup anda akan berubah dan diselubungi misteri. Anda tidak boleh bayangkan apa yang saya lalui selama ini. Hampir setiap hari saya memberanikan diri untuk melihat wajah saya dicermin tetapi setiap kali saya melihat cermin, bukan diri saya yang saya lihat tetapi sebaliknya. Hampir setiap malam saya memberanikan untuk tidur apabila dia sentiasa dihadapan memerhati saya tidur dalam ketakutan. Perempuan berbaju putih bermuka putih serta berambut hitam beralun cantik menghantui hidup saya bertahun lamanya.

           

Pada satu malam, sya memberanikan diri untuk bersemuka dengan si dia untuk menanyakan soalan yang menyelubungi hidup saya selama bertahun lamanya. Kenapakah? Mengapakah? Siapakah? Itulah persoalan saya. Dia diam seketika dalam hening malam dan berkata “aku jatuh cinta pada mu wahai manusia”. “aku akan melindungi kamu wahai manusia” . “akulah penjagamu untuk seumur hidup mu wahai manusia”. 

            Jantung saya berdegup kencang dan tidak dapat berkata apa-apa. Kaku dihadapan dia yang menenung diri ini dengan mata dan muka yang menakutkan. Ini kali pertama saya melihat muka dia yang sebenar pada jarak yang sebegitu dekat. Dengan serta merta saya pitam dan apabila mata terbuka saya berada di satu tempat yang selesa dan kelihatan seorang lelaki berjanggut putih dan berkopiah putih sedang tersenyum dan menyapu muka ini dengan air.

            Itulah detik pertama saya berada dipusat perubatan Islam Darul Syifa’ Holding. Orang yang berjanggut putih berkopiah tersebut adalah Dato’ Dr. Harun Din. Ibubapa saya membawa saya ke situ setelah saya tidak sedarkan diri selama 3 hari dibilik. Saya telah menerima rawatan rasukan jin serta bekam selama 2 minggu berturut-turut. Selain rawatan ustaz dipusat tersebut selalu menasihati dan mengajar saya untuk sentiasa kembali pada Allah. Mereka mengajar ketabahan hati dan kesabaran merupakan sesuatu yang Allah cintakan. Semakin hari saya semakin sihat dan kuat. Fizikal dan mental saya berubah kepada sesuatu yang sangat berlainan selain hati saya yang lebih tenang.

            Kini saya menghadapi segala ujian dan dugaan Allah dengan lebih sabar dan tenang. Saya percaya Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya selain Dia tahu kita pasti akan dapat menempuh ujian tersebut. Sekarang juga Alhamdulillah saya telah mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia sekali lagi dan lulus dengan cemerlang dan bekerja sebagai juruteknik di Syarikat korporat selepas keluar dari Politeknik Kuala Lumpur. Saya juga telah berkahwin dan dikurniakan 7 orang anak dan hidup bahagia di Bangi.

Tuan-tuan dan puan-puan.

            Begitulah kisah hidup saya berubah sekelip mata dengan kuasa Allah selepas Syarikat Darul Syifa’ Holding datang membantu dengan perubatan Islam yang nyata berkesan dengan keyakinan yang teguh dan utuh. Terima kasih Darul Syifa’. Terima kasih Ibu dan Ayah. Terima kasih Ya Rabb.    

Boredom Counts